RESEPI FUDGY CHEWY GOOEY BROWNIES

Hari ni sy nak share resepi dr hasil jualan sy . Doakan sy agar dimurahkan rezeki sihat & bahagia sekeluarga. Follow 100% resepi ni insyaAllah jadi dgn jayanya! Sy ada kongsikn tips utk kedut. Semoga bermanfaat. 😊

RESEPI FUDGY CHEWY GOOEY BROWNIES

Bahan2:
4 Biji Telur
150gm Gula Perang
50gm Gula Kastor
300gm Dark Compoud Berry’s
100gm Butter/Marjerin
50gm Minyak Jagung/Minyak Masak
100gm Tepung Gandum
35gm Serbuk Koko
1sdt Baking Powder (optional)
1sdt Esen Vanilla

Cara2:

1. Cairkan Coklat dan Butter terlebih dahulu. Kaedah double boil / microwave. Kemudian sejukkan. * tips kedut coklat mesti disejukkn dgn kipas sblum masukkn dlm adunan .

2. Panaskan Oven anda.

3. Kacau Telur , Gula dan Esen vanilla perlahan2 dgn senduk/spatula.. * tips terhasilnya kedut.

4. Masukkan Coklat dan Butter yg telah disejukkan td.. Then Minyak kacau sehingga rata perlahan2..

5. Masukkan Tepung, Serbuk Koko, dan Baking powder.. Then Kaup balik / kacau secara perlahan..

6. Sapu marjerin pada loyang.. Then alas baking paper . Masukkn adunan td.

7. Bakar pd suhu 170° C api atas bwh selama 35 minit. Bergantung pd oven masing2.

8. Siap bakar. Sejukkan.

*Saiz loyang 10×10..

*nak less sugar tayah pakai gula kastor pakai gula perang shj.. 180gm gula perang. Klau tknk pahit kurgkn serbuk koko dlm 30gm. Klau tk jd jgn nk kecam sis la ye..😂 Mmg brownies rasa dye full coklat manis2 buah pahit2 ckit..

*tips kedut cantik time nak terbalikkan pastikan brownies dah sejuk baru terbalikkan.. Pakai baking paper semasa trbalikkn brownies tu ye.. Alas dgn papan letak baking paper then terbalikkan .

*Tak payah nak bukak pintu oven pon tkpe.. Sb akan kedut dgn sndrinya.. Time bakar akan nmpk kedut2 tuu maknanya anda lulus ! 😘

Selamat Mencuba.

#resepiBrowniesKedutChewyGoew

Kredit resepi ini kpd dhia aqilah.

Tinggalkan komen